. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

24 November 2007

MADAH HASAN AL-BANA

. 24 November 2007


Sesungguhnya setiap perjalanan musafir mustahil tidak mempunyai bekalan. Justeru itu sediakanlah bekalan musafirmu semasa hidup didunia untuk menempuh perjalanan akhirat.


Wahai manusia bukankah kalian semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat diakhirat kelak selain daripada neraka dan syurga dimana kalian akan menuju salah satu diantara keduanya.


Janganlah kalian dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi disaat tibanya sembahyang. Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang melengah-lengahkan sembahyangnya kerana urusan duniawi, nescaya syariat-syariat islamyang lainnya akan lebih mudah dicuai-abaikan.


Bekerjalah untuk dunia mengikut tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan kalian juga. Hati hanya mampu menolong pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian didalam mengendaliakan pekerjaan tersebut.


Sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh manusia daripada hebatnya tipu helah dan perancangan musuh meraka.


Celakalah bagi sesiapa yang berkepentingan duniawinya mengatasi matlamat ukhrawinya.
oleh:
zubir DJK3
naib pengerusi
kelab RMM

0 komen: