. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

24 November 2007

STRESS?? satu nikmat hiburan jiwa..

. 24 November 2007

EMPAT CARA UNTUK MENYELESAIKAN ‘STRESS’.



DIMENSI OTAK.


Dimensi otak memperlakukan secara positif iaitu anda mempunyai potensi otak dan minda yang amat menakjubkan yang di luar anggapan anda . Mengkaji semula perancangan akademik anda dari segi perkembangan ilmu , pengetahuan ,kemahiran berfikir, kemahiran dalam menyelesaikan masalah , pembacaan danpenulisan. Peringkat kemahiran dalamdiri dari segi perancangan matlamatjangka pendek dan jangka panjangpengurusa n, pengurusan masa yangberkesan dan sebagainya. Denganmengamalka n pengurusan ‘stress’ yang amat berharga.


DIMENSI EMOSI ATAU SOSIAL.


Dimensi emosi dan sosial adalah cara anda membuat perhubungan dalam masyarakat . Kebijaksanaan anda menyeimbangkan emosi dan perhubungananda yang erat sesama manusia adalahantara perkara yang boleh membantu anda untuk mencapai prestasi optimum dalam keadaan ‘stress’ DIMENSI JASMANI. Anda perlu menilai kesihatan diri dari masa ke masa sama ada anda sentiasa dalam keadaan sihat atau tidak. Gangguan kesihatan boleh menyebabkan ‘stress’. Antara yang perlu diambil untuk menjaga kesihatan anda termasuklah yang berikut;

• Makanlah yang perlu dengan cara yang sederhana.

• Rancangkan program riadah yangberterusan .

• Adakan sedikit masa untuk istirehatfizikal dan mental.



DIMEN SI ROHANI.


Dimensi rohani adalah yang terpenting, kerana ia merupakan sistem nilai kepada diri seseorang individu. Termasuk dalam sistem ini adalah nilai murni yang berkaitan dengan akhlak mulia seperti sabar, jujur, ikhlas, cermat, redha,amanah dan nilai kepercayaan dan keimanan . Dalam Islam sudah lengkap dengan latihan untuk mendapatkan ketenangan jiwa khususnya semasa menghadapi kesusahan atau ‘stress’.

Allahs. w.t telah menfirmankan di dalam Al-Quran yang bermaksud:Ingatlah ,dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud:Sesungguhnya sembahyang itu ketenangan dan keredhaan hati serta permohonan jiwa. Adalah menjadi amalan orang mukmin untuk meminta kepada yang Esa agar dikabulkan permintaannya.

Maka mintalah kepadaNya supaya diberi kesihatan yang mantap baik dari segi mental mahupun fizikal untuk melepasi peperiksaan di dunia ini.



0 komen: