. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

30 November 2007

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

. 30 November 2007


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, hati, fikiran, dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walaupun ada segalanya...

Apa yang tidak ada di syurga, namun Adam tetap rindukan Hawa,
Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau pun puteri,
Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,
Tapi kalau lelaki sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah,
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.


Didiklah mereka dengan panduan dariNya,
Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta,
Kerana nantinya mereka semakin liar,
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka semakin menderita,
Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.

Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal,
Di situlah punca kekuatan dunia,
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak,
Suburkanlah ia, kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat,
Nilaian dan keadilan Tuhan...

Bisikkan ke telinga mereka bahawa,
Kelembutan bukan satu kelemahan,
Ia bukan diskriminasi Tuhan,
Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya,
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan...

Tanpa ilmu, iman dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok,
Itulah akibatnya andainya wanita tidak kenal Tuhannya
Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara,
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaaatan tetapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
Pimpinlah diri sendiri kepadaNya,
Jinakkan diri pada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya,

Di bawah pimpinanmu..
Janganlah mengharapkan isteri semulia
Fatimah Az-Zahra’
Andai peribadimu tidak sehebat
Saidina Ali Karamallahu Wajhah...

faiz_4pai

6 komen:

wawasan ukhrawi berkata...

posting yg baek.....dan terpaksa diakui,bhwsanya beliau penulis adalah "mat jiwang"....=)

nazrim berkata...

stuuuju, stuju, stuju......

wawasan ukhrawi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wawasan ukhrawi berkata...

mhn mf pd faiz_4pai,jgnmrh ye =)

shafiqah berkata...

mak aiiiii..mat jiwanggg..

mawaddah berkata...

mntak maaf..karya ini sudah dicuri..tgk r blog copy paste ku.. www.shafiqahmawaddah.blogspot.com ..
halal ek??