. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

11 Ogos 2008

. 11 Ogos 2008

Tuan / Puan & Muslimin / Muslimat
Menurut Kajian Falaq Oleh Jabatan Agama Johor ,

Dijangkakan Gerhana Bulan akan berlaku pada :-

Tarikh : 17 Ogos 2008 M / 15 Syaaban 1429 H
Masa : Bermula 3 : 40 pagi - 6 : 40 pagi

Justeru marilah kita
bersama sama mendengar Khutbah Gerhana Bulan diikuti dengan Solat Sunat Gerhana Bulan di masjid & surau yang berdekatan dengan anda.


Untuk Makluman, pada 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban ada peristiwa yang berlaku di dalamnya, di mana buku amalan kita akan diangkat untuk dipersembahkan kepada Allah SWT dan digantikan dengan buku amalan yang baru. Oleh itu, kita digalakkan membaca Surah Yasin sebanyak - banyaknya dan paling kurang 3 kali pada malam itu dengan harapan segala amalan kita yang telah lalu diterima begitu juga segala amalan yang akan dicatatkan dalam buku amalan yang baru juga akan diterima oleh Allah SWT.

Mudah-mudahan kita akan dihindarkan dari golongan yang sentiasa dalam kerugian, kerana di antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah kejadian Gerhana Matahari & Bulan.


Sekian terima kasih.


0 komen: