. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

03 Disember 2008

Pengharaman Yoga..bagaimana yang lain?

. 03 Disember 2008


Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan senaman Yoga kerana bertentangan dengan syariat Islam serta memesongkan akidah. Walaupun mendapat tentangan sebahagian golongan yang mengatakan tidak mengamalkan mantera..Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd Aziz berkata, “kepentingan umat Islam keseluruhannya lebih dibimbangkan berbanding perniagaan. Kami tidak melakukan secara membuta tuli, malah membabitkan penyelidikan ilmiah selama tiga bulan”.(sumber:Harian Metro Isnin,24/11/2008)

Mungkin ada hikmahnya semua ini. Serahkanlah pada mereka yang memegang amanah Allah dalam menjaga akidah umat Islam selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam..

Namun,perlu dibimbangkan tentang ancaman hidulisme yang melanda umat Islam hari ini..Rancangan realiti yang semakin hari semakin hebat dan umat Islam juga menjadi mangsanya. Adakah ini pernah dititikberatkan oleh Majlis Fatwa? Akademi fantasia, One milionare, you can dance, Mentor, Malaysian Idol, Jangan lupa lirik, audition..mungkin anda pernah saksikan rancangan yang lain.(senaraikan sendiri)..rata-rata dibanjiri dengan remaja Islam. Dan sekarang ‘best’ dengan program sehati berdansa. Walaupun sebahagian duit itu disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Tapi kita kene tahu,NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Itu yang silapnya, suami isteri menari dikhalayak ramai dengan si isteri tidak menutup aurat.menampakkan susuk tubuh isteri menari dan dipandang yang bukan mahram.adakah itu dibenarkan di dalam Islam? Bak kata nabil..Lu pikirlah sendiri..Mungkin mereka tidak tahu,tapi di mana mereka yang tahu tentang hukum ini?Pernah terlintas atau tidak dalam hati kita perkara sebegini merosakkan akhlak dikalangan remaja. Jika ada,masih ada iman dalam hati kita..



Sebaliknya kita lebih sensitive pada isu bahasa dan bangsa..buat demonstrasi dan sebagainya. Tapi bab yang menyentuh akidah dan Isalam khususnya ada x sensitive?ada buat demonstrasi??xde...kita ditipu oleh Yahudi dan Nasrani...

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (HR MUSLIM)

Inilah agenda orang-orang kafir dan kita sendiri tahu bahawa program tersebut datangnya dari barat..kita melahirkan manusia dari celupan barat bukan dari celupan Al-Quran dan Assunnah. Buktinya, jenayah dan masalah sosial di Malaysia semakin kritikal..wujudnya budaya Pengkid, gothic, dan bohsia yang kini hangat diperkatakan.

Wahai umat Islam,jadilah manusia yang peka dan sensitive dalam bab yang menyentuh akidah umat Islam..inilah puncanya jika kita menjadikan Islam itu sambil lewa..adakah kita sanggup membiarkan ini semua berlaku kepada anak-anak kita dan adik beradik kita??di saat itu tiada gunanya mengeluarkan air mata..Tapi yakinlah Allah bersam-sama kita...Wallahualam.

0 komen: