. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

01 Februari 2009

REBUTLAH USIA MUDAMU

. 01 Februari 2009




Hati saya cukup menyakitkan apabila melihat iklan Ujibakat AKADEMI FANTASIA 7 bakal dijalankan..slepas ini apa lagi yang menyusul?MENTOR,MALAYSIAN IDOL,GANGS STARZ...adakah semua ini akan berterusan hingga hari kiamat?na'uzubillah.Cukuplah..Sampai bila mahu diagungkan hiburan ini..artis semakin bertambah tapi siapa yang akan menggantikan para hafiz,ustaz ustazah dan para ulama kalau semua muda mudi nak jadi penyanyi..

Rata-rata yang akan menghadiri sesi ujibakat adalah golongan remaja..Inilah zaman kejatuhan golongan remaja di mana asyik dengan hiburan akhirnya menjatuhkan maruah agama dan menjatuhkan air muka ibu dan bapa. Perlukah rancangan seperti ini diteruskan ketika remaja-remaja Islam sudah rosak akhlak dan sahsiahnya..

Ketika anak-anak kecil dan remaja-remaja Islam di Palestin bermandikan darah berjuang kerana agama dan tangan mereka menggenggam erat batu untuk dilemparkan ke arah yahudi tetapi pada ketika ini anak-anak kecil dan remaja-remaja Islam di Malaysia asyik dengan menghafal lirik lagu sambil tangan memegang mikrofon..Dimana kesedaran kita?hanya hangat-hangat tahi ayam..

Nabi S.A.W bersabda:

“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain,iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua,masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit,masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian”.

Peringatan ini diberikan oleh Rasulullah S.A.W dengan satu tawaran berfaedah supaya kita tidak mensia-siakan peluang yang diperoleh secara percuma..Jika diberi kesempatan oleh Allah dengan umur yang panjang,pasti kita akan menempuh usia muda tanpa meminta-minta. Ia akan berlaku juga

Usah dibiarkan ianya berlalu tanpa erti. Disaat inilah kecergasan fizikal dan mental diperlukan. Gerak kerja amal dan pemikiran yang mantap memberikan ruang yang cukup untuk mencapai berbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Sesungguhnya masa muda itu juga akan berlalu. Maka ia tidak akan bertahan untuk selamanya..Setiap detik yang berlalu tidak akan berulang lagi,ianya akan meninggalkan kenangan. Sekiranya masa muda kita tidak dimanfaatkan sepenuhnya pasti masa tua nanti meninggalkan kenangan yang pahit buat kita.Disaat ini kudrat tenaga membatasi segalanya..dan seharusnya disaat ini kita berebut mendapat tempat disisi Allah.

Masa muda yang diberi secara percuma oleh Allah akan ditanya semula di hari akhirat kelak. Kerana ianya bukan satu anugerah tetapi sebagai amanah dari Allah.. Maka akan dipersoalkan,”Apa yang telah kau lakukan pada usia muda mu?”

Justeru,pada saat inilah jiwa-jiwa pemuda diperlukan dalam usaha dakwah untuk mengembalikan kesyumulan Islam dikalangan masyrakat. Bukanlah watu ini dipersiakan dengan hiburan semata-mata..Siapakah yang akan menggantikan pemimpin pada masa akan datang?Siapa yang akan menggantikan para ulama?dan siapakan yang akan menjadi bapa kepada seorang anak?MEREKA ADALAH PEMUDA-PEMUDA YANG LAHIR DI DUNIA INI...

Justeru saya mengharapkan kepada pemuda pemudi Islam bangkitlah dari tidur. Sesungguhnya Islam itu mengharapkan kalian untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini..Jangan kita biarkan mereka(kafir) mengaibkan Islam walaupun hakikatnya Kita sendiri yang mengaibkan. Kepada ibu bapa,awasilah anakmu. Didiklah mereka dalam mengenal erti kehidupan. Tidak mahukah engkau melihat mereka yang mendoakan kamu ketika sakit,menyembahyangkan kamu ketika kamu mati dan sentiasa menghadiahkan kepada kamu ayat-ayat suci Al Quran ketika kamu di alam kubur?Mana mungkin semua itu berlaku andai engkau didik mereka dengan hiburan semata-mata..

Wallualam

0 komen: