. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

29 Julai 2009

Kem Rehlah Mesra Muslimin

. 29 Julai 2009

24 Julai 2009 - Kelab Rakan Muda Masjid PJB ( KRMMPJB) telah menganjurkan program riadah diberi nama REHLAH MESRA MUSLIMIN. Program ini dibuka khususnya kepada mahasiswa yang terdiri daripada. semester baru yang dilantik menjadi sahabat biro.

Program riadah yang dilakukan ini bertujuan melupuskan jurang di antara junior-junior dan senior-senior di dalam PJB bersesuaian dengan tema bagi program ini iaitu Jalinkan Mahabbah Eratkan Silaturrahim.

Program yang dijalankan di Taman Pertanian Kong-Kong dan Masjid PJB diharap dapatkmewujudkan ukhwah di antara mahasiswa junior dengan senior selain menerapkan nilai-nilai agama pada setiap diri mahasiswa melalui aktiviti yang dijalankan.

Program yang julung kali diadakan ini memfokuskan kepada mahasiswa PJB khususnya yang berada di kamsis untuk mendekatkan diri mahasiswa dengan beriadah di samping dapat memupuk akhlak yang mulia di kalangan mahasiswa sejajar dengan misi KRMM iaitu melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang mempunyai jati diri yang bertaqwa dan bersahsiah cemerlang di dunia dan akhirat. Pihak Kelab Rakan Muda Masjid komited dalam membawa mahasiswa-mahasiswi PJB mendekatkan diri kepada masjid melalui program-program yang bakal diadakan pada semester ini.

0 komen: