. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

29 November 2009

Kata-Kata Pujangga : Umar Bin Abdul Aziz

. 29 November 2009

Beberapa Petikan Kata-Kata Pujangga
Umar
Bin Abdul Aziz
Editor: Biro Penerbitan KRMM








“Sesungguhnya setiap perjalanan
musafir mustahil tidak mempunyai bekalan. Justeru itu, sediakanlah bekalan
musafirmu semasa hidup di dunia untuk menempuhi perjalanan ke alam akhirat.”




“Wahai manusia! Bukankah kalian
semua telah tahu bahawasanya tidak ada lagi tempat tinggal di akhirat kelak
selain daripada neraka dan syurga, di mana kalian semua akan menuju ke arah
salah satu di antara keduanya kelak.”




“Janganlah kalian semua
dilalaikan oleh tugas-tugas duniawi di saat tibanya waktu solat.
Bersegeralah kepadanya kerana sesiapa yang membiasakan dirinya
melengah-lengahkan solat kerana tugas-tugas duniawinya nescaya
syariat-syariat Islam yang lainnya akan lebih mudah dicuaikan olehnya.”




“Bekerjalah untuk dunia mengikut
tahap kemampuan kalian dan beramallah untuk akhirat mengikut tahap kemampuan
kalian juga.”




“Hati hanya mampu menolong
pekerjaan kalian mengikut setakat mana keikhlasan kalian di dalam
mengendalikan pekerjaan tersebut.”




“Sesungguhnya aku lebih khuatir
dengan banyaknya dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh menusia daripada
hebatnya tipu helah dan perancangan musuh mereka.”



“Celakalah bagi sesiapa yang
kepentingan duniawinya mengatasi matlamat ukhrawinya.”






“Perbanyakkan
olehmu mengingati mati dan persiapkanlah bekalan akhiratmu sebaik-baiknya
sebelum ajal menemui kalian kerana sesungguhnya memperbanyakkan mengingati
mati akan menjauhkan hati daripada terpesona dengan kelazatan dunia.”



0 komen: