. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

13 Ogos 2010

LIMA ISI PENTING PENGISIAN KEMERDEKAAN KITA

. 13 Ogos 2010


LIMA ISI PENTING PENGISIAN KEMERDEKAAN KITA :

1) Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 152:
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)
2) Kemerdekaan menurut pandangan Islam ialah apabila seseorang bangsa atau umat merdeka daripada segala bentuk penjajahan undang-undang ciptaan manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah, bebas daripada kezaliman kepada keadilan dan bebas dari kejahilan kepada berilmu baik lahiriah ataupun zahiriah.
3) Konsep merdeka yang sebenar mengikut pandangan Islam ialah membebaskan diri daripada semua bentuk penjajahan yang bercanggah dengan ajaran Islam, samada dalam bentuk pemikiran rohani dan jasmani mahupun budaya dan citarasa, perasaan dan emosi seseorang insan itu.
4) Golongan penjajah pada masa kini tidak lagi datang menaiki kapal dan menggunakan senjata seperti masa dulu, sebaliknya berupaya menjajah umat
Islam menerusi alat komunikasi canggih serta menggunakan kuasa kewangan dan media. Dengan adanya zaman globalisasi dan dunia tanpa sempadan, ia menjadi semakin mudah untuk mereka melebarkan pengaruh dan mengawal aspek politik, ekonomi dan sistem sosial milik kita.
5) Marilah kita mengisi kemerdekaan seperti anjuran Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali Rahimahullah telah menetapkan tiga perkara bagi mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan iaitu:
1. Hendaklah memperakukan bahawa nikmat itu datangnya hanya daripada Allah walaupun pada zahirnya ia datang melalui sebab-sebab dan sumber-sumber tertentu.
2. Tidak mensia-siakan nikmat tersebut disamping menghargai pihak yang mengusahakannya
3. Hendaklah menggunakan nikmat tersebut dengan jalan yang diredhai oleh Allah SWT.













0 komen: