. .

Dari Hati, Menuju Hati, Mencari Redha Ilahi...

06 Disember 2010

Temuduga Sahabat Biro..

. 06 Disember 2010

Assalammualaikum dan salam perpaduan kepada semua..

Alhamdulillah, pada malam tadi berlangsunglah satu program Kelab Rakan Muda Masjid yang ringkas iaitu Temuduga Sahabat Biro. Sebelum mengulas lebih lanjut tentang program tersebut eloklah rasanya saya memperkenalkan fungsi Sahabat Biro itu sendiri dalam KRMM. Biarpun kami hebat dengan perancangan, gah dengan program, mantap dengan pengurusan, idealisme dalam mengeluarkan pendapat, berjiwa besar dalam membawa KRMM dihati masyarakat kampus, namun ianya akan menjadi kosong dan vakum sekiranya penggeraknya tiada. Maka atas faktor itulah, Sahabat Biro ditubuhkan dan banyak lagi kelebihannya selain menjadi penggerak KRMM yang utama, mereka juga berpeluang untuk menceburi pelbagai bidang pengurusan dalam sesuatu program.

Antaranya, sejarah KRMM membuktikan bahawa kami tidak lapuk dalam melahirkan pemimpin di peringkat KRMM mahupun Jawantankuasa Perwakilan Pelajar. Ianya bertitik tolak daripada rekabentuk perkataan "Sahabat Biro" yang diaplikasikan segala pembelajarannya untuk mencorakkan masyarakat kampus. Ini bererti sesuatu/seseorang mesti bermula daripada pangkal dan akarnya. Barulah ia menghasilkan sesuatu/seseorang yang mampu berdikari selari dengan ungkapan Mahasiswa. Namun segalanya terletak pada individu itu sendiri untuk menceburkan diri dalam sesuatu organisasi ataupun tidak..?

Belajar menjadi seorang yang profesional

Nafas yang ingin diketengahkan dalam sesi Temuduga Sahabat Biro ialah nafas yang bersifat "Profesional in your life". Tidak dinafikan dalam zaman yang up to date ini, manusia semakin mementingkan profesional sebagai satu medium untuk menilai individu sama ada secara Formal or Informal. Oleh itu, saya mewakili semua kepimpinan KRMM mengucapkan "Syukran to new Sahabat Biro" kerana berani tampil menghadiri temuduga sekaligus menjadi nadi utama dalam menggerakkan KRMM.

Terdapat 6 Biro yang aktif dalam KRMM untuk menjalankan tanggungjawab selari dengan matlamat dan objektif KRMM, berikut senarai Biro KRMM,

1.Biro Dakwah.
2.Biro Kebajikan
3.Biro Ekonomi
4.Biro Tugas-tugas khas
5.Biro Penerbitan
6.Biro Bahasa isyarat

Biarpun tersenarai megah biro-biro dalam KRMM, namun ianya hanya di atas kertas sekiranya tiada Sahabat Biro bagi melancarkan fungsi biro tersebut seterusnya membantu KRMM mencapai matlamat dan objektif yang sebenarnya. Selamat bertugas kepada Sahabat Biro yang baru, dan tidak lupa juga Sahabat Biro yang lama. Sama-sama kita menggabungkan tenaga untuk menggerakkan KRMM terus unggul sebagai organisasi pelajar yang terbaik di kampus PJB.

-Pengerusi Kelab-
-Muhammad Fikri Bin Basirun-
-Diploma Mekatronik-

0 komen: